Featured Posts

SayleMoon HazelLin AzleyaShadzalin jelita salam kekandaku Melur Jelita. untukmu wahai sis ku... secebis ingatan/sedutan dalam ASST: redup mentari berlabuh kita saksikan di hujung laut tiada sempadan di...

Read more

SAYA SUKA AWAK!!!!!   Saya suka awak! Sungguh, saya betul-betul suka awak. Saya jatuh cinta dengan awak. Saya sayang awak! Aisshhhh... Terbuai-buai rasa yang melanda jiwa apabila selamat...

Read more

Tweet terakhir arwah Izwan Pilus~ Al fatihah   *KUALA LUMPUR: Penyanyi Khairil Izwan Pilus, 32, meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira jam 6.20 petang tadi. Adiknya, Airil AF, ketika mengesahkan...

Read more

SELAMAT TAHUN BARU CINA DARI AWAK SUKA SAYA TAK? Tahun 2012 menurut kalender China adalah Tahun Naga Air. Masa tahun Naga Air ini sendiri akan berlangsung pada 23 Januari hingga 9 Februari 2013. Namun Tahun 2012 adalah...

Read more

SayleMoon HazelLin AzleyaShadzalin jelita

Category : Awak Suka Saya Tak?


salam kekandaku Melur Jelita. untukmu wahai sis ku…

secebis ingatan/sedutan dalam ASST:

redup mentari berlabuh
kita saksikan di hujung laut tiada sempadan
di rembang senja yang mendamaikan
hati dan jiwa dua insan…. tercipta kasih

di situ terpancar keindahan
namun tak seindah kamu
hampir tenggelam
tapi masih memercikkan sinar kemerahan
semerah cinta dalam hati kita… terpancar sayang

bila ia bersinar kembali
seiring wujudnya pagiakulah yang paling ternanti-nanti
akan cerahnya sinar itu
pada kuningnya cahaya indah
seindah kamu… terbiaslah cahaya cinta
antara kau dan aku

ASST sentiasa mewarnai diri
menyebarkan kasih sayang tanpa henti
sehingga ada yang sedar dari mimpi
dan masih tercari-cari…
pada Hilman, pada Intan
yang mencorak sebening ingatan tanpa sempadan
kasih sayang tanpa halangan
selagi Allah meredakan…
selagi Allah menunjukkan jalanInsya-Allah…

bahagia pasti milik kita

yang pasti

TIADA YANG MUSTAHIL DENGAN KASIH SAYANG ALLAH….

 Wallpapers ยท Misc/Others   Desert Rose

Share

SAYA SUKA AWAK!!!!!

Category : Awak Suka Saya Tak?

 

Saya suka awak! Sungguh, saya betul-betul suka awak. Saya jatuh cinta dengan awak. Saya sayang awak! Aisshhhh…
Terbuai-buai rasa yang melanda jiwa apabila selamat menghabiskan sebuah lagi ceritera dengan ketebalan 1056 halaman. Bingkisan kali ini bukanlah sebuah ulasan pembacaan. Tambahan pula telah ada satu catatan khusus berkaitan cereka ini yang telahpun dicoret madahnya beberapa minggu yang dahulu. Cuma kali ini ingin berkongsi rasa yang bersemadi di jiwa.
Teringin benar untuk memiliki sifat-sifat seperti Muhammad Hilman Yong Bin Abdullah. Sudahlah sempurna ciptaan fizikalnya, dikurniakan pula hidayah oleh Yang Maha Esa sekali gus menerbitkan iman dan akhlak yang boleh dikatakan lebih terpuji berbanding insan-insan yang sedia lahir ke dunia ini dengan tiket Islam keturunan. Berjodoh pula dengan Puteri Intan Zulaikha Binti Datuk Megat Amiruddin yang indah kejadiannya, pekerti tingkah dan lakunya.
Sungguh, saya suka benar dengan jalan cerita novel ini. Ada mesej yang tersembunyi dalam garapannya. Meski bukan sebuah bingkisan Islamik seratus peratus tetapi masih lagi mengajak hati yang membaca untuk merenung buat muhasabah diri sendiri. Keseluruhannya saya suka novel ini. Benar, saya sangat suka awak wahai Cik Novel Awak Suka Saya Tak!
Opsss! Jangan salah sangka. Aqasha & Lisa takde skandal apa-apapun. Cuma mereka berdua inilah yang terakam dalam kotak imaginasi sepanjang membaca novel ini`
Wo Xihuan Ni…Wo Hen Xihuan Ni!

http://engkumuzahadin.blogspot.com/

Share

Tweet terakhir arwah Izwan Pilus~ Al fatihah

Category : Uncategorized

 

*KUALA LUMPUR: Penyanyi Khairil Izwan Pilus, 32, meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira jam 6.20 petang tadi.

Adiknya, Airil AF, ketika mengesahkan kematian abangnya, berkata Allahyarhanm meninggal dunia kerana jangkitan paru-paru.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampung halamannya di Jasin, Melaka.

AL-FATIHAH.

http://www.facebook.com/profile.php?id=100001581405383#!/photo.php?fbid=10150733528449572&set=a.393577579571.209827.331481044571&type=1&theater

Share

SELAMAT TAHUN BARU CINA DARI AWAK SUKA SAYA TAK?

Category : Awak Suka Saya Tak?

Tahun 2012 menurut kalender China adalah Tahun Naga Air. Masa tahun Naga Air ini sendiri akan berlangsung pada 23 Januari hingga 9 Februari 2013. Namun Tahun 2012 adalah tahun Naga Air Positif. Dilihat dari sifat positifnya memang semua ada dalam Group ASST iaitu… rendah hati, menjunjung tinggi kejujuran, memelihara persahabatan, sabar dan menghormati harga diri dan suka menolong.

Admin ASST ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA dan GONG XI FAT CHOI kepada ahli-ahli yang merayakannya…..

AWAK SUKA SAYA TAK? HILMAN YONG DAN INTAN ZULAIKHA

Share

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Category : Ucapan

Share

LISA SURIHANI ~ AWAK SUKA SAYA TAK?

Category : Awak Suka Saya Tak?

Share

AWAK SUKA SAYA TAK? SENSATION ~ LEENA ZACHARY JELITA

Category : Awak Suka Saya Tak?

Share

Hilman dan Intan – ASST ~SayleMoon HazelLin AzleyaShadzalin Jelita

Category : Awak Suka Saya Tak?

salam sis Melur Jelita…. sihat hendaknya ya.

entah macam mana terhasil nukilan di bawah buat ASST… SORI kalau x seindah mana ya sis.

kutatap… redup imbasan
bukan wajahnya tapi persis si dia
Hilman itu, bukan Hilman ku
Intan itu, pasti bukan diriku…

kurenung… baris2 ayat
lalu kuserap hingga jadi azimat
penawar hati yg sarat
sekadar melepas rasa, kufur nikmat
masih tak terhapus rinduku…

Hilman itu bukan dia tapi kenapa sentiasa terasa dekat?
Intan itu bukan aku tapi kenapa bak dirikuIntan itu bukan aku tapi kenapa bak diriku yang tersuntik di dalam setiap peristiwa?
mungkinkah? atau hanya inguan saja
mainan jiwa yang sekadar melewati ruang santainya masa

telah kucuba menjauhi kenangannya
sudah juga kutanam bayangan semalam semampu pasti
agar hati tak terhiris
agar jiwa tak menangis
agar diri tidak terkuis…
pada sejarah yang tak seindah biasa

kupinjam aura itu
agar menjadi tiang tegak dan jitu
menjadi penjana menyeru semangat
agar hati tak lelah tersesattuk terus menyusuri ruang memori
membilang langkah, mengira jarak
mencari Hilmanku…

pasti tak kutemui…
walau langkah melangkaui seribu batu sekalipun…
walau sampai ke hujung dunia
ke kutub utara, hatta kutub selatan…
lelah tersungkur pun tak bisa menemukan dia

hibanya jiwa
sendunya hati
mengapa begini?

kerana….Hilmanku tiada di situ
malah bukan jua di sini
namun Hilmanku tetap abadi
utuh dan tak pernah akan pergi
walau jasad tidak kutemui
Hilmanku sentiasa dekat di sanubari…

walau aku bukan intan
dia bukan hilman
kisah kita sehaluan
di tentukan oleh Dia yang satu…
maha penyayang, maha pengasih dan maha pengampun.
Masya-Allah… masih ada yang sayang…
Dia…. tempat ku mengadu….

Share

SANGAT MENYENTUH…

Category : Awak Suka Saya Tak?

Kasih sayang hingga ke akhir hayat.boleh kah cinta kita begitu. . . .

terimakasih Wa Fapa jelita dari grup AWAK SUKA SAYA TAK? HILMAN YONG DAN INTAN ZULAIKHA

Share

Berulang kali ~ MisYana Rosalie jelita

Category : Luahan Rasa

Berulang kali.., 

yang ingin ku tulis itu gumpalan cerita.

Berulang kali, yang tertulis adalah riak resah sendiri.

Berulang kali…,

yang ingin ku kongsi itu satu pengharapan.

Yang terkongsi kerapkali adu payah ku padamu.

Berulang kali…,

yang ingin ku kotakan adalah janji penuh manis.Kerap kali pula kenyataannya masam penuh pahit.

Yang nyata aku hanya pandai mengarap cerita penuh resah dan payah.

Tak banyak manisnya tetapi dipenuhi masam pahitnya saja.

Berulang kali….

Share